Sabtu, 24 Mac 2012

Mikroorganisma

 

Mikroorganisma adalah organisma kecil/halus dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop (microscope). Struktur dan saiz organisma yang berlainan adalah berbeza. Mikroorganisma yang berbeza tinggal di habitat yang berbeza dan kaedah pemakanan dan pembiakan mereka juga berbeza. Mikroorganisma boleh dijumpai hampir di mana-mana sahaja dalam alam semula jadi ini seperti dalam udara, air, tanah dan juga didalam badan organisma lain.

Selasa, 6 Mac 2012

Katak


Katak
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Amfibia
Order: Anura



Suborder
Archaeobatrachia
Mesobatrachia
Neobatrachia
Senarai famili Anura

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.
Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut" (harlequin frogs).

Jumaat, 2 Mac 2012

Tips to Score A 018-Science

Bahagian A

4 langkah utama :

1.      Pastikan anda membaca soalan sekali lalu. Pastikan anda tahu apa yang disoal.

2.      Baca sekali lagi dan tandakan kata kunci soalan.

3.      Tentukan tajuk yang disoal.

4.      Abaikan jawapan pengganggu.


Bahagian B

5  langkah utama :


1.      Pastikan anda membaca soalan sekali lalu. Pastikan anda tahu kehendak soalan.

2.      Baca sekali lagi dan tandakan kata kunci soalan.

3.      Tentukan dan tuliskan  pemboleh ubah ( variables) dalam soalan tersebut.

4.      Tentukan tajuk yang disoal.

5.      Tulis jawapan mengikut format jawapan yang betul.